Anggota polis maut kemalangan

Iklan
Koperal Muhamad Nazri Mohd Nor, 31 tahun telah berkhidmat selama sembilan tahun dalam PDRM.

KUALA LANGAT - Seorang anggota polis maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah jip di Jalan Kampong Sri Cheeding di sini pada Sabtu.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Koperal Muhamad Nazri Mohd Nor, 31, tahun.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, mangsa terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 4.45 petang.

"Mangsa menunggang seorang diri ketika kejadian dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah setelah tamat bertugas.

Iklan

"Allahyarham bertugas di Balai Polis Bukit Puchong yang baru selesai tugas kereta peronda (MPV) kira-kira jam 4 petang dalam perjalanan pulang ke rumah di alamat Lot 22 Jalan Haji Koesnan, Kampung Sri Cheding," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, mangsa dipercayai maut di lokasi kejadian.

Iklan

"Mangsa dipercayai terjatuh di permukaan jalan raya selepas terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah jip.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang turut bertugas sebagai anggota polis di Balai Polis USJ 8.

"Jenazah telah di hantar ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut.

"Siasatan kes ini dijalankan oleh Cawangan Trafik IPD Kuala Langat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.