Siasatan kes Fahmi Reza masih berjalan

Iklan
Fahmi Reza dibebaskan selepas dua hari direman bagi membantu siasatan berhubung hantaran karikatur monyet berpakaian seragam istana berwarna kuning yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Khamis. (Gambar kecil: Abd Jalil)

KUALA LUMPUR - Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes melibatkan aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza yang sebelum ini memuat naik hantaran karikatur monyet berpakaian seragam istana berwarna kuning di Facebook miliknya pada Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kes terbabit masih dalam siasatan lanjut pihaknya.

Iklan
Iklan

"Setakat ini kita masih dalam proses semakan sama ada untuk memanggil individu-individu lain untuk bantu siasatan.

"Ketika ini tiada perkembangan terkini dan proses siasatan masih berjalan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Pada Sabtu, aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza dibebaskan selepas dua hari direman bagi membantu siasatan berhubung hantaran karikatur monyet berpakaian seragam istana berwarna kuning yang dimuat naik di Facebook miliknya.

Pada Jumaat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Fahmi berhubung hantaran karikatur monyet berpakaian seragam istana berwarna kuning yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Khamis.

Iklan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Abd Jalil Hassan berkata, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.