Selangor sumbang RM150,000 untuk mangsa tanah runtuh Taman Bukit Permai

Iklan
Amirudin (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kejadian tanah runtuh Taman Bukit Permai.

AMPANG - Kerajaan Selangor menyerahkan sumbangan berjumlah RM150,000 kepada 91 keluarga mangsa kejadian tanah runtuh Taman Bukit Permai.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, waris mangsa yang meninggal dunia menerima saguhati sebanyak RM10,000.

Iklan
Iklan

"Mangsa yang cedera dan kediaman rosak menerima RM5,000 sementara penduduk yang diarah berpindah akan menerima RM500," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Ahad.

Penyerahan sumbangan tersebut diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Cheras Baru pada Sabtu.

Iklan

Turut hadir, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han.

Amirudin berkata, pihak berkuasa telah mengambil langkah sewajarnya serta akan terus memantau keadaan di kawasan berkenaan.

Iklan

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban akibat tragedi ini tersebut.

Dalam kejadian 11 Mac lalu, kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang meragut empat nyawa dan seorang mangsa cedera selain 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Chong Siew Kim (85 tahun), E Ramasamy (58), A Mahendran (36) dan Mohd Saiful Ridzuan Ishak (37).