Frank yakin Eriksen kekal bersama The Bees

Iklan
Eriksen. - Foto The Sun

PENGENDALI Brentford, Thomas Frank yakin Christian Eriksen akan terus beraksi bersama kelab berkenaan sehingga ke penghujung musim ini.

Menurut Frank, biarpun beberapa kelab terkemuka menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat Eriksen.

Iklan
Iklan

"Ketika ini beberapa kelab terkemuka sudah menyatakan minat bagi mendapatkan khidmat Eriksen untuk membantu pasukan masing-masing.

"Namun, saya yakin Eriksen akan terus bersama kami untuk tempoh yang lebih lama berdasarkan kepada persetujuan yang dicapai baru-baru ini,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, Eriksen memiliki baki kontrak sehingga penghujung musim ini dan situasi berkenana dilihat antara faktor yang menarik minat kelab-kelab berkenaan terhadap Eriksen.

Mengulas lanjut, Frank menyifatkan Eriksen sebagai seorang pemain yang baik dan mempunyai hubungan yang baik sama ada dengan rakan-rakan sepasukan mahu pun bersama pihak pengurusan.

Iklan

Malah katanya, kehadiran Eriksen juga turut disenangi semua pihak dan membuatkannya tidak merasa terasing beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Apa yang paling penting ketika ini adalah dia (Eriksen) telah membuat keputusan yang tepat untuk berada di sini bersama kami (Brentford),” katanya.