Pendatang Yahudi serang rumah penduduk Palestin

Iklan
Seorang askar Israel memantau kawasan di Wadi Al-Hasim.

RAMALLAH - TEBING BARAT. Sekumpulan peneroka haram Yahudi menyerang beberapa rumah penduduk Palestin di Hebron, lewat malam kelmarin.

Penduduk tempatan memberitahu, pendatang terbabit datang dari penempatan Kirya Arba dan mereka membaling batu ke arah rumah serta kenderaan Palestin di kawasan Wadi Al-Hasim.

Iklan
Iklan

Lebih mendukacitakan, kehadiran pelampau terbabit turut diiringi pasukan keselamatan Israel.

Awal bulan ini, rejim Zionis bertindak menutup kawasan tersebut yang terletak tidak jauh dari Masjid Ibrahimi. - Maan

Iklan
Iklan