Bersedialah untuk PRU: Annuar

Iklan
Annuar (kanan) merakam kenangan bersama Mat Sentol ketika menziarahi seniman veteran itu di kediamannya di Larkin, Johor Bahru, pada Ahad.

JOHOR BAHRU - Sudah sampai masanya semua pihak membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) kerana penggal Parlimen ke-14 kini sudah masuk tahun kelima.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, bagaimanapun berkata, ia terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengambil kira pelbagai faktor termasuk kesediaan parti dan keadaan semasa rakyat dan negara.

Iklan
Iklan

"Tetapi saya rasa sudah tiba masanya semua pihak membuat persediaan masing-masing kerana masanya sudah tidak terlalu lama, apapun keputusan akhir akan ditentukan Perdana Menteri nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi seniman veteran, Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rashid Yahya di kediaman beliau di Jalan Rajawali, Larkin, di sini pada Ahad.

Iklan

Sementara itu, beliau berkata, keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tidak meneruskan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH) selepas 31 Julai ini tidak menjejaskan kedudukan Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, sokongan diberikan ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri tidak mempunyai kaitan dengan MoU berkenaan.

Iklan

Jelasnya, sehingga kini Perdana Menteri masih mendapat sokongan daripada parti yang membentuk kerajaan campuran dan pembangkang.

Annuar (tengah) melihat Mat Sentol menulis khat ketika menziarahi seniman veteran itu di kediamannya di Larkin, Johor Bahru, pada Ahad.

"Saya nampak ada kebijaksanaannya apabila MoU ini tidak lagi disambung, itu bukan bermakna pembangkang tidak boleh menyokong Perdana Menteri tetapi sebaliknya Perdana Menteri tidak lagi terikat dan beliau boleh mengambil tindakan yang memang tanggungjawab beliau, termasuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen, itu sebagai contoh," katanya.

Katanya, sebagai anggota parti dan setelah parti membuat keputusan sama ada di peringkat PAU mahupun MKT semua pihak perlu harus akur.

Media baru-baru ini melaporkan, UMNO telah memutuskan MoU yang dimeterai antara kerajaan dan PH yang akan berakhir 31 Julai ini untuk tidak diteruskan.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.