Ukraine dakwa 21 wartawan terbunuh setakat ini

Iklan
Parlimen Ukraine pada Sabtu mendedahkan seramai 21 wartawan telah terkorban sejak operasi ketenteraan Rusia bermula pada 24 Februari.

KIEV - Parlimen Ukraine pada Sabtu mendedahkan seramai 21 wartawan telah terkorban sejak operasi ketenteraan Rusia bermula pada 24 Februari.

Nama-nama wartawan yang maut termasuk dari agensi media asing didedahkan dalam laporan Jawatankuasa mengenai Kebebasan Bersuara dan diterbitkan di laman sesawang Parlimen, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Sekurang-kurangnya 1,982 orang awam terbunuh dan 2,651 lagi cedera sejak permulaan perang, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Angka sebenar dipercayai jauh lebih tinggi.

Iklan

Lebih 4.8 juta rakyat Ukraine telah melarikan diri ke negara jiran dan lebih tujuh juta lagi hilang tempat tinggal. - Bernama

Iklan