Pegawai bomba cedera, isteri, bayi parah langgar lori sampah

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa nahas kemalangan di Taman Chepor Impian. - Foto ihsan JBPM Perak.

IPOH - Seorang pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak cedera apabila kereta dipandunya melanggar belakang sebuah lori sampah di Taman Chepor Impian di sini, pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, isteri mangsa, 34, bersama bayi perempuannya berusia lapan bulan parah manakala dua anak lelakinya berusia empat dan lapan tahun patah kaki.

Iklan
Iklan

Difahamkan, mangsa sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai membeli belah di pasar raya berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, Shahrudi Muhamad Halil berkata, sepasukan sembilan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona dan lori pengangkut sampah.

Iklan

"Setibanya di lokasi, kesemua mangsa berjaya dibawa keluar oleh orang awam kecuali isteri mangsa berada di tempat duduk penumpang hadapan.

"Anggota menjalankan operasi mengeluarkan mangsa cedera parah di kepala serta memberi rawatan awal kepada mangsa lain," katanya.

Iklan

Menurutnya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Kerja-kerja mengeluarkan mangsa berjalan lancar dan operasi tamat pada jam 2.29 petang.

"Difahamkan, kedua-dua mangsa yang parah ditempatkan di zon merah Unit Kecemasan," katanya.