BAITULMAQDIS - Polis Israel menyerbu pekarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur pada Ahad mencetuskan lagi pertempuran yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 lagi rakyat Palestin cedera, lapor Xinhua.
Rakyat Palestin yang berada di pekarangan masjid telah diusir menyebabkan berlaku pertempuran antara jemaah dengan polis Israel.
Iklan
Iklan
Sementara itu, Agensi Anadolu melaporkan polis Israel telah menyekat rakyat Palestin daripada memasuki masjid untuk memberi laluan kepada beratus-ratus pendatang Yahudi.
Menurut akhbar Haaretz, seramai 728 pendatang masuk ke kawasan masjid sambil diberi perlindungan yang ketat daripada polis Israel.
Menurut saksi polis menutup pintu Kota Lama Baitulmaqdis untuk menghalang penduduk Palestin dari luar bandar memasuki masjid.
Bagaimanapun, sekatan itu kemudiannya dilonggarkan.
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin selepas tentera Israel pada Jumaat menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa yang menyebabkan ratusan jemaah cedera. - Bernama