CARACAS - VENEZUELA. Presiden Venezuela Nicolas Maduro mengumumkan penahanan ketua separa tentera Colombia yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang, Juan Guaido.
Penahanan itu dibuat selepas agensi perisikan mendapat maklumat daripada ketua staf Guaido, Roberto Marrero yang ditahan sejak Khamis lalu.
Iklan
Iklan
"Kami telah menahan ketua gang Rastrojos di negeri Caraboro dan dia akan memberikan keterangan berhubung siapa yang membayarnya dan mengapa dia dibawa ke Venezuela," kata Maduro.
Krisis politik di Venezuela semakin meruncing apabila Guaido yang disokong Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan dirinya sebagai presiden sementara.
Maduro menuduh AS cuba merancang rampasan kuasa bagi membolehkan Guaido menjawat jawatan presiden.
Rusia, China dan beberapa negara lain pula tidak mengiktiraf Guaido dan menegaskan kerajaan Maduro adalah sah. - Agensi