KWSP buat bayaran bermula esok

Iklan
Tengku Zafrul

SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mula membuat bayaran bagi pengeluaran khas kepada pencarum yang layak bermula Isnin iaitu lebih awal daripada tarikh sebelumnya, 20 April.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, mereka yang telah memohon pada awal April boleh menyemak pembayaran tersebut di akaun masing-masing pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Tapi kalau belum masuk lagi, jangan risau. Insya-ALLAH akan masuk juga kerana bayaran dibuat secara berperingkat.

"Semoga bantuan ini dapat menjadikan sambutan Aidilfitri tuan puan lebih bermakna tahun ini,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebooknya pada Ahad.

Iklan

KWSP sebelum ini mengumumkan akan membuat bayaran bagi pengeluaran khas secara sekali pembayaran kepada pencarum yang layak pada 20 April ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut memaklumkan permohonan pengeluaran ini dibuka kepada ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah.

Iklan

Beliau berkata, permohonan berkenaan bermula pada 1 April lalu dan akan berakhir pada 30 April ini.