MAIK belanja lebih RM5.6 juta bantu asnaf sepanjang Ramadan

Iklan
Tengku Mohamad Rizam (depan kanan) menyampaikan cenderamata kepada Idris pada Majlis Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022 di Dewan Jubli Perak di Panji, Kota Bharu pada Ahad.

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam Adat dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membelanjakan lebih RM5.6 juta dalam membantu golongan asnaf di negeri ini sepanjang Ramadan tahun ini.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, agihan bantuan kepada asnaf tersebut juga sebagai persiapan kepada mereka untuk menjalankan amal ibadah pada bulan penuh keberkatan ini.

Iklan
Iklan

"Perbelanjaan lebih RM5.6 juta itu diagihkan menerusi program termasuk agihan makanan kepada asnaf dan bantuan bulanan fakir miskin.

"MAIK juga menganjurkan program ke terus ke dapur serta rumah asnaf bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya pada ucapan perasmian Majlis Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022 di Dewan Jubli Perak di Panji di sini pada Ahad.

Iklan

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad.

Beliau berkata, MAIK juga meneruskan projek Harta Anda Untuk Semua (MyHAUS) melalui peruntukan daripada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) hasil sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Iklan

"Pada tahun lalu, MAIK menerima peruntukan RM150,000 bertujuan pembaikian tiga rumah asnaf di seluruh Kelantan.

"Kesemua projek di negeri ini berjaya siap sepenuhnya melibatkan daerah di Kota Bharu, Pasir Mas dan Tanah Merah,” katanya.