Individu ditemukan rentung dalam kereta

Iklan
Gambar hiasan

SEREMBAN - Seorang individu yang identitinya masih belum dikenal pasti ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Kampung Taman Jaya, Bahau, Jempol dekat sini awal pagi ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bahau, Muhamad Rasul Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.03 pagi sebelum tujuh anggota termasuk pegawai dari BBP Bahau ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Sebuah kereta jenis Proton Wira Sedan didapati terbakar 100 peratus dan terdapat seorang individu di dalamnya rentung di bahagian tempat duduk pemandu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Iklan
Iklan