BEIJING - Bandar raya Shanghai melaporkan tiga warga emas meninggal dunia akibat Covid-19 dan ia merupakan kejadian yang pertama kali berlaku sejak ia melaksanakan 'lockdown' selama berminggu-minggu, kata kerajaan tempatan pada Isnin.
"Kes ketiga-tiga indvidu itu merosot teruk selepas dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia selepas semua usaha untuk memulihkan mereka terbukti tidak berkesan," menurut kenyatan kerajaan tempatan itu di media sosial seperti dilaporkan AFP.