Ringgit dibuka rendah, dolar AS terus mengukuh pagi ini

Iklan
Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada pagi Isnin.

RINGGIT diniagakan rendah pagi ini berbanding dolar AS, menyaksikan permintaan yang lebih kukuh untuk dolar Amerika Syarikat itu, kata peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, nilai mata wang tempatan susut kepada 4.2370/2410 berbanding dolar AS daripada 4.2330/2380 pada penutup hari Jumaat.

Iklan
Iklan

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, tumpuan minggu ini adalah pada unjuran pertumbuhan global terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk tahun 2022 dan 2023.

"Dalam satu temu bual minggu lepas, Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva menyatakan bahawa institusi itu akan menyemak turun unjuran pertumbuhan globalnya sambil memetik perang di Ukraine telah menjejaskan harga komoditi dan inflasi dengan teruk,” katanya kepada Bernama.

Iklan

Mohd Afzanizam menambah, permintaan untuk aset selamat seperti dolar AS akan kekal berterusan kerana pasaran akan memantau pertumbuhan ekonomi China pada 2022.

"Pertumbuhan ekonomi China untuk suku pertama 2022 juga akan menjadi fokus dengan anggaran konsensus mengunjurkan kadar pertumbuhan pada 4.4 peratus daripada 4.0 peratus pada suku sebelumnya.

Iklan

"Nampaknya China akan terus berkembang pada kadar sub-par kerana Strategi Sifar Covid mereka menjejaskan ekonomi. Dolar AS/ringgit mungkin bergerak antara RM4.23 dan RM4.24 hari ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.1161/1195 daripada 3.1198/1242 pada Jumaat tetapi merosot berbanding yen Jepun kepada 3.3486/3520 daripada 3.3465/3510.

Nilai ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5267/5320 daripada 5.5308/5374 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5772/5816 dari 4.5776/5830. - Bernama