KOTA BHARU - Sebuah Kolej Tingkatan Enam yang dilengkapi dengan 20 bilik darjah serta kemudahan lain akan dibangunkan di Bukit Cina, di sekitar kawasan sempadan antara Ketereh dan Machang dekat sini, tidak lama lagi,
Berita gembira berhubung pembinaan Kolej Tingkatan Enam yang pertama di Kelantan itu dikongsi oleh Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Radzi Jidin menerusi satu hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.