Orang ramai membayar zakat fitrah yang menggunakan perkhidmatan kaunter zakat pandu lalu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di Kompleks Sri Iman.
Kaunter tersebut yang beroperasi dibuka setiap hari bekerja mulai 8.30 pagi hingga 4 petang hingga akhir Ramadan nanti untuk memudahkan lagi umat Islam menunaikan tanggungjawab membayar zakat.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM Prof Madya Dr Azrin Ahmad Mohd Adnan (kiri) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM230 juta pada tahun ini, peningkatan 15 peratus berbanding kutipan zakat sebanyak RM205 juta tahun lepas.
MAIDAM optimis dengan sasaran itu kerana banyak promosi dan kempen sedang dijalankan terutama kepada syarikat-syarikat perniagaan yang beroperasi di Terengganu agar membayar zakat di negeri ini. Peningkatan kutipan zakat penting bagi menampung keperluan untuk 21,187 orang penerima asnaf fakir dan miskin di seluruh negeri ini agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera. - Foto Bernama