Bruno mahu jadi legenda Newcastle

Iklan
Bruno (tengah) meraikan jaringannya ketika bantu Newcastle tumpaskan Leicester di laman sendiri pada Ahad.

PEMAIN tengah Newcastle United, Bruno Guimaraes mahu menjadi legenda buat The Magpies selepas membantu pasukannya menang ke atas Leicester 2-1 di laman sendiri awal pagi tadi.

Pada perlawanan tersebut, pemain kelahiran Brazil itu meledak dua gol sekaligus berjaya memadamkan gol awal pelawat yang terhasil melalui pemain sayapnya Adema Lookman untuk memberikan kemenangan buat pasukannya.

Iklan
Iklan

"Perlawanan ini sangat menakjubkan kerana saya berjaya menjaringkan gol pertama buat kelab lagi-lagi jaringan itu dilakukan di St James Park.

"Ia sentiasa menjadi impian saya untuk bermain di Liga Perdana. Suasananya sungguh luar biasa dan saya mahu menjadi legenda di sini.

Iklan

"Sangat penting bagi saya untuk menjaringkan gol pertama saya di St James' Park. Ini rumah saya sekarang, saya mahu bermain 100 kali di sini," katanya.

Dalam pada itu, Guimaraes juga turut menghamburkan pujian kepada pengurus pasukan, Eddie Howe yang berjaya membantu mengubah nasib pasukan sejak mengambilnya pada November

Iklan

"Dia (Eddie) seorang pengurus yang sangat bijak dan kami di sini sangat menyukai gerak kerjanya.

"Dia sangat penting dan dia layak untuk mendapat pujian daripada semua pihak di sini," katanya.