PINCER tidak melibatkan dana awam

Iklan
Rumaizi (tengah) melawat bangunan PINCER yang dijangka akan beroperasi pada pertengahan tahun ini. - Foto ihsan MBI

IPOH - Pengaktifan semula Pusat Inovasi dan Sumber Kreatif Perak (PINCER) di Meru Raya di sini yang terbiar sejak empat tahun lalu tidak melibatkan sebarang dana awam.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, studio bernilai RM20 juta yang dibina pada 2011 itu akan dilaksanakan mengikut model Perkongsian Awam Swasta atau Public-Private Partnership (PPP).

Iklan
Iklan

"Kita ambil dan bangunkan semula menerusi model perniagaan baharu dengan mencari pelabur tanpa menggunakan dana awam.

"Saya berpandangan bahawa tidak perlu menambah dana awam lagi yang mana ia lebih baik digunakan untuk membuat longkang, jalan atau infrastruktur lain.

Iklan

"Menerusi inisiatif kewangan swasta (Private Finance Initiative- PFI), model pembangunan semula mengambil masa yang cepat berbanding menggunakan dana awam dan return on investment (ROI) akan dipulangkan apabila ia mula beroperasi," katanya selepas melawat bangunan PINCER di Meru Raya di sini pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PINCER MBI Studio Sdn Bhd, Kah Fee Yee@Thong dan Pengarah Eksekutifnya, Allyan Too.

Iklan

Menurutnya, gabungan pengurusan antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan PINCER MBI Studio Sdn Bhd itu akan merancakkan lagi hub industri kreatif negara.

"Model perniagaan ini kita tidak meletakkan 100 peratus kepada pihak swasta, MBI turut bantu dari segi pengurusan dan lain-lain.

"Saya lihat PINCER berpotensi besar dalam ekonomi kebudayaan dan sub sektor pendidikan iaitu medan latihan untuk industri belakang tabir," katanya.

Media melaporkan PINCER dijangka beroperasi pertengahan tahun ini mampu menarik minat pelabur industri kreatif luar negara antaranya Indonesia dan China.

MBI percaya studio PINCER dibaik pulih semula dan menambah keperluan seperti kamera dan sebagainya ia pasti menarik penggiat seni dari dalam dan luar negara menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Fasiliti yang terdapat di studio berkenaan adalah layar hijau, studio kreatif, perkhidmatan khusus dalam pengeluaran muzik, rakaman suara, rakaman multimedia dan perkhidmatan audio.