Jadi 'Superman' selepas berbuka puasa

Iklan
Seorang remaja yang mempamerkan aksi wheelie ditahan polis ditahan Skuad 42 BSPT IPD Marang pada Ahad.

DUNGUN - Seorang lelaki ditahan Skuad Unit Risikan Operasi (Skuad 42) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) kerana mempamerkan aksi menunggang motosikal ala 'Superman' di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini.

Ketua JSPT Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, lelaki berusia 30 tahun itu melakukan aksi tersebut selepas berbuka puasa bersama rakan-rakannya di sebuah kedai kari kepala ikan di daerah Hulu Terengganu.

Iklan
Iklan

"Lelaki berasal dari Kemaman itu ditangkap sepasukan polis kerana melakukan aksi meniarap dan kepala selari dengan meter ala 'Superman' ketika menunggang motosikal di LPT 2 di Dungun.

"Dia dikesan menunggang motosikal dari Ajil menuju ke Kemaman selepas habis berbuka puasa dekat kedai kari kepala ikan di Hulu Terengganu," katanya disini, pada Isnin.

Iklan

Ismail berkata, tindakan lelaki berkenaan berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Katanya, pemuda berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan
Seorang remaja yang mempamerkan aksi wheelie ditahan polis ditahan Skuad 42 BSPT IPD Marang pada Ahad.

"Jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM15,000,"katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, seorang remaja yang menunggang secara merbahaya dengan melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (willy) ditahan Skuad 42 BSPT IPD Marang, pada Ahad.

Katanya, suspek berusia 17 tahun itu turut mempunyai empat rekod jenayah lampau yang belum selesai.

"Saspek yang ditahan dibawa ke IPD Marang untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM 15,000,"katanya.