COLOMBO - Seramai 17 Ahli Parlimen Sri Lanka pada Isnin mengangkat sumpah sebagai menteri ketika negara itu berdepan ketidakstabilan politik dan krisis ekonomi yang teruk, lapor Xinhua.
Sebelum pelantikan itu, Presiden Gotabaya Rajapaksa mahu menteri yang dipilih terdiri daripada ahli Parlimen yang lebih muda.