Khairy umum 'sesuatu' minggu depan

Iklan
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dijangka mengumumkan 'sesuatu' berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri, minggu depan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok, Khairy berkata, beberapa perkara penting lain turut akan diumumkan.

Iklan
Iklan

"Minggu depan saya akan umumkan 'update' berkenaan dengan sambutan hari raya. Jeng...jeng...jeng...," katanya pada Isnin.

Menerusi hantaran sama, Khairy sekali lagi mengingatkan agar warga emas segera mendapatkan dos penggalak.

Iklan

"Sudah 18 hari negara membuka sempadan negara, tidak lama lagi kita akan sambut Hari Raya Aidilfitri, janganlah kita leka.

"Paling penting pastikan mereka yang berisiko tinggi terus dilindungi," katanya.

Iklan