20 pemain futsal wanita dipanggil sertai kem latihan pusat

Iklan
Senarai 20 pemain ke kem latihan pusat menjelang Sukan SEA di Vietnam.

SERAMAI 20 pemain dipanggil ketua jurulatih futsal wanita kebangsaan, Jamhuri Zainuddin bagi menyertai kem latihan pusat bermula 23 April sebagai persiapan menjelang saingan Sukan SEA di Vietnam dari 10 hingga 19 Mei ini.

Skuad futsal wanita kebangsaan akan menjalani latihan pusat di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya dari 23 April hingga 2 Mei 2022 sebelum senarai akhir 16 pemain dijadualkan terbang ke Ho Chi Minh City, Vietnam pada 3 Mei bagi menghadapi beberapa perlawanan persahabatan.

Iklan
Iklan

Seterusnya mereka akan terbang ke Hanoi pada 8 Mei bagi menghadapi aksi sebenar Sukan SEA yang mana acara futsal wanita dijalankan secara format liga sepusingan.

Malaysia dijadual bertemu tuan rumah, Vietnam di Stadium Tertutup Ha Nam untuk perlawanan pertama pada 10 Mei, diikuti aksi berikutnya bertemu Myanmar pada 13 Mei, Indonesia pada 15 Mei dan Thailand pada 17 Mei 2022.

Iklan

Sebagai rekod pencapaian, skuad futsal wanita negara berjaya meraih pingat gangsa pada Sukan SEA 2013 di Myanmar tetapi sekadar menduduki tempat keempat pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Acara futsal wanita tidak dipertandingkan pada Sukan SEA 2015 di Singapura dan Sukan SEA 2019 di FIlipina.

Iklan