Nafuzi puji semangat pemain realisasikan tiga mata pertama TFC

Iklan
Sherman antara pencetak gol TFC ketika berdepan Sarawak United di Kuching. - Foto Terengganu FC

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain memuji persembahan para pemainnya ketika mencatatkan kemenangan sulung liga musim ini apabila menewaskan Sarawak United FC 2-0 di Stadium Negeri, Kuching.

Menurut Nafuzi, meskipun pasukannya bermain dengan 10 pemain selepas penyerang skuad penyu, Kpah Sherman dilayangkan kad merah, namun pemain sentiasa bersemangat untuk mendapatkan kemenangan pada aksi tersebut.

Iklan
Iklan

"Memang kita menanti untuk mendapat mata pertama. Jadi malam ini kita merealisasikan tiga mata.

"Saya berterima kasih kepada semua pemain yang menunjukkan usaha dan semangat untuk mencari kemenangan pertama sepanjang 90 minit walaupun pun hanya dengan 10 pemain.

Iklan

"Apa yang penting keputusan menang dengan cara kita bermain,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Pada aksi itu, pelawat tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila meraih gol seawal minit kelapan hasil jaringan Sherman selepas menerima hantaran Habib Haroon Saeed.

Iklan

Namun, Sherman yang juga bekas penyerang Kedah Darul Aman (KDA FC) menjadi duri dalam daging tuan rumah dilayangkan kad merah pada minit ke-35 selepas melakukan terjahan keras ke atas pertahanan tuan rumah, Gonzalo Soto.

TFC akhirnya mengesahkan tiga mata berharga apabila pemain gantian, Muhd. Zuasyraf Zulkiefle menjaringkan gol kedua menerusi serangan balas pantas pada masa kecederaan.

Dalam pada itu, pengendali Sarawak United, B Sathianathan nyata kecewa persembahan anak buahnya yang disifatkan tidak mengikut taktikal dirancang.

"Saya kecewa dengan persembahan pada 20 minit terakhir. Kita terburu-buru untuk menghantar bola dan akhirnya bergelut dengan bola.

"Saya akan menegur para pemain supaya bermain mengikut taktik dan bukannya ikut sesuka hati,” ujar Sathianathan.