Wartawan sambilan perlu carum Perkeso

Iklan
Mumtaz (tiga dari kanan) menghidangkan colek kepada wartawan yang hadir pada Majlis Makan Colek di Hotel Holiday Villa pada Isnin.

KOTA BHARU - Wartawan di negeri ini yang berstatus sambilan perlu mendaftar dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi membolehkan mereka 'dilindungi' dengan pelbagai manfaat.

Iklan
Iklan

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata, caruman serendah RM4.50 sebulan itu boleh dibuat menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Menurutnya, di bawah SKSPS itu, wartawan sambilan akan menerima pelbagai manfaat antaranya faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara dan faedah hilang upaya kekal.

Iklan

"Wartawan merupakan golongan yang melihat sendiri kemalangan berlaku, kegusaran yang dialami keluarga akibat kematian dan sebagainya.," katanya selepas meraikan golongan wartawan di negeri ini pada Majlis Makan Colek di Hotel Holiday Villa pada Isnin.

Turut hadir, Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi), Majidah Ismail.

Iklan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit itu berkata, melihat kepada situasi itu golongan wartawan tidak boleh terkecuali mencarum Perkeso walaupun sentiasa sibuk dengan kerja.

"Jagalah keselamatan dan kebajikan diri, isteri, anak-anak serta keluarga.

SKSPS ini bermatlamat memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan pekerjaan.

Wartawan sambilan akan dilindungi di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.