JAKARTA - INDONESIA. Gempa bumi berkekuatan 6.1 magnitud menggegarkan wilayah Maluku Utara di timur Indonesia hari ini.
Menurut Pusat kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 37 kilometer dan berpusat kira-kira 150 kilometer di barat laut bandar Ternate.