Mina, Van de Beek kembali perkuat Everton

Iklan
Mina - Foto Getty Images

TONGGAK pertahanan Everton, Yerry Mina serta pemain tengah, Donny van de Beek disahkan cergas dan bakal beraksi berdepan Leicester City di Goodison Park pada Khamis.

Senario itu membuatkan pengendali Everton, Frank Lampard yakin kehadiran kedua-dua pemain berkenaan bakal mengukuhkan lagi benteng pertahanan selain membantu jentera serangan The Toffees pada perlawanan berkenaan.

Iklan
Iklan

Malah Lampard percaya skuad kendaliannya itu mampu melakar kejayaan berdepan Leicester City di Goodison Park pada Khamis.

"Menjelang aksi berdepan Leicester, kita menerima berita gembira apabila Mina dan Donny disahkan cergas.

Iklan

"Kita sememangnya memerlukan kehadiran pemain-pemain ini dalam usaha memastikan kekuatan seimbang di benteng pertahanan selain membantu jentera serangan pasukan.

"Lagi pun, kita tidak boleh keciciran mata pada baki perlawanan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL),” katanya.

Iklan

Untuk rekod, Everton kini berada pada kedudukan ke-17 EPL dengan 28 mata setelah mengharungi 30 perlawanan.

Mengulas lanjut, Lampard berkata, kedudukan Everton ketika ini dilihat agak meresahkan pihak pengurusan kerana mampu dipintas pada bila-bila masa oleh pasukan lain.

"Sebab itu saya katakan, kita tidak boleh keciciran mata lagi kerana kita akan dipintas oleh pasukan lain yang juga mahu mengelak daripada zon penyingkiran,” katanya.