Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, oleh itu adalah tidak wajar untuk pihak pengurusan universiti menunjukkan sikap tidak jelas dan mengambil jalan selamat, sedangkan mahasiswa diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Ini terjadi beberapa hari yang lepas dan kejadian yang sama boleh berlaku di kampus-kampus lain jika semua mengambil sikap sambil lewa," Katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Maszlee berkata demikian merujuk kepada insiden yang berlaku di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.
Dalam insiden itu, berlaku pergelutan antara penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa mahasiswa UM.
Mahasiswa UM yang terlibat dalam insiden itu mendakwa mereka dikasari oleh penyokong Najib.
Kata Maszlee lagi , semua Naib Canselor khasnya wajar mempamerkan sikap mengutuk tindakan tidak beradab sekumpulan individu yang menyerang mahasiswa.
"Kita tidak boleh gentar dan takut dalam menyatakan kebenaran atas nama prinsip keluhuran sebuah gedung ilmu bernama universiti," katanya.
UM dalam satu kenyataan semalam memandang serius kejadian penuntutnya diserang seperti yang tersebar dalam media ketika berkumpul memegang plakad di luar kampus UM.
Naib Canselornya, Datuk Dr Ir Abdul Rahim Hashim mengesahkan seramai enam penuntut UM terlibat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Menurutnya, UM sentiasa prihatin akan isu keselamatan membabitkan mahasiswa di dalam dan luar kampus.
"UM secara konsisten memberikan kebebasan kepada penuntutnya menyuarakan pandangan dan menentukan idealisme masing-masing dalam mengutarakan isu berkaitan mahasiswa, sosial, ekonomi mahupun politik dalam ruang lingkup undang-undang dan peraturan yang diwartakan di negara in," katanya.
Katanya, kejadian ini boleh dielakkan sekiranya semua pihak mengelakkan kata-kata dan tindakan provokatif.
Abdul Rahim berkata, dalam era Malaysia baharu, UM mengakui peranan mahasiswa membangunkan negara melalui penglibatan dan penyertaan aktif dalam aktiviti politik kepartian.
ARTIKEL BERKAITAN:
Program santai Najib kecoh, pelajar dicekik dari belakang
Saya kesal dengan pergaduhan ini: Najib
Universiti bukan untuk samseng, pelampau: Maszlee
UM pandang serius kejadian penuntutnya diserang