SOP ketat pengunjung bawa anak kecil: PDRM

Iklan
Aidi

KUALA LUMPUR - Pengunjung yang membawa anak kecil ke tempat tumpuan ramai diingatkan untuk mengambil langkah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 lebih ketat sebagai langkah pencegahan daripada dijangkiti wabak terbabit.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Aidi Ismail berkata, ini adalah perkara yang perlu diberi perhatian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengunjung bazar Ramadan atau tempat kunjungan ramai diingatkan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terutama mereka yang membawa anak kecil.

"Mereka yang bawa anak kecil ini perlulah mengambil langkah pematuhan SOP yang lebih ketat supaya tidak dijangkiti Covid-19.

Iklan

"Bagaimanapun, secara keseluruhannya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpuas hati dengan tahap pematuhan yang ditunjukkan oleh orang ramai terutama semasa mengunjungi tempat-tempat seperti pasar basah, pasar raya atau pun bazar Ramadan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas lanjut, Aidi berkata, tahap pematuhan SOP masyarakat adalah tinggi iaitu dengan pemakaian pelitup muka dan menjaga jarak ketika berada di khalayak ramai.

Iklan

Tambahnya, peniaga-peniaga di bazar Ramadan juga di lihat mula berniaga pada masa yang ditetapkan serta mematuhi garis panduan.

4 April lalu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ibu bapa dinasihatkan supaya tidak membawa anak-anak kecil mengunjungi bazar Ramadan bagi mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan Covid-19 walaupun negara telah memasuki fasa peralihan ke endemik.

Kawasan sesak yang sempit dengan orang ramai merupakan suasana yang tidak baik kepada kanak-kanak terutamanya mereka yang tidak mempunyai perlindungan vaksinasi.