Pekerja kilang maut, motosikal terbabas

Iklan
Mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam kejadian di KM37, Jalan Lipis-Merapoh pada Selasa.

LIPIS - Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer (KM) 37, Jalan Lipis-Merapoh dekat Central Spine Road (CSR) di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.28 pagi itu, mangsa, Ahmad Nazri Razani, 25, dari Kampung Tapang, Kota Bharu, Kelantan yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor memberitahu, siasatan awal mendapati mangsa bergerak dari Kota Bharu, Kelantan pada jam 7.30 pagi menghala ke Kuala Lumpur untuk kembali bekerja.

"Mangsa menunggang motosikal seorang diri dan apabila sampai di tempat kejadian, motosikalnya dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke arah tepi jalan sebelah kiri.

Iklan

"Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal itu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis dan bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan ujian swab Covid-19 diperoleh.

Iklan

Katanya, siasatan lanjut akan diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.