Anak Ahmad Zahid nafi keluarga lindungi Siti Bainun

Iklan
Antara tangkap layar perbualan WhatsApp antara Nurul Hidayah dengan Siti Bainun yang dikongsikan di Instagram pada Selasa.

SHAH ALAM - Anak perempuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tampil menafikan dakwaan keluarganya melindungi pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang kini didakwa atas tuduhan mengabaikan dan mendera remaja sindrom down berusia 13 tahun.

Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, Nurul Hidayah Ahmad Zahid berkata, keluarganya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Siti Bainun, meskipun mengakui mereka pernah kenal dan rapat sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Pendedahan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa. Sebagai anak saya wajib mempertahankan maruah keluarga saya dari terus tercalar.

"Kami sekeluarga tiada kena mengena dengan orang kena tahan (OKT) atau dengan pemahaman lain, kami sekeluarga tidak pernah melindungi OKT.

Iklan

"Benar kami pernah kenal dan rapat. Sebagai seorang yang pernah rapat saya merasakan dikhianati kerana selama ini OKT yang saya anggap sebagai insan yang suka membantu orang lain sebenarnya mempunyai satu lagi personaliti yang tidak terbayang dek akal saya,” tulisnya pada Selasa.

Terdahulu, gara-gara foto yang tular, timbul dakwaan kononnya Siti Bainun adalah anak angkat kepada Ahmad Zahid.

Iklan
Siti Bainun hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu bagi sambung bicara kes yang dihadapinya iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun. - Foto Bernama

Mengulas lanjut, Nurul Hidayah berkata, dia juga tidak faham dengan motif dan fokus #justiceforbella sekarang ini untuk membuktikan siapa pelaku atau siapa yang pernah rapat dengan OKT.

"Saya tidak berhajat untuk menulis lebih panjang kerana sebagai manusia, hati saya tidak mampu menahan emosi melihat orang yang pernah rapat dengan kita suatu ketika dahulu didakwa atas tuduhan mendera,” katanya.

Dalam hantaran sama, Nurul Hidayah turut memuat naik tangkap layar perbualan melalui WhatsApp antara dia dengan Siti Bainun.

Dia tidak memaksa untuk orang lain mempercayainya, tetapi cukup sekadar menjelaskan bahawa dia sekeluarga tidak pernah melindungi OKT.

"Jika ada cerita yang menyatakan sebaliknya, bukan kami yang melindungi OKT, mungkin ia adalah salah satu cara seseorang itu memberitahu yang dia adalah seorang yang 'kebal'.

"Tiada yang kebal dan kuat jika bersandarkan kepada manusia, kecuali ALLAH yang Maha Mengetahui dan Maha Melindungi,” tulisnya lagi.