Budak perempuan dua tahun rentung dalam kebakaran

Iklan
Kebakaran melibatkan 30 rumah mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu.

LAHAD DATU - Seorang kanak-kanak perempuan ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan 30 rumah di Kampung Sabah Baru, pada pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mayat Nurul Alisha Putri Abdullah, 2, ditemui di salah sebuah rumah yang terbakar.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran itu pada jam 9.52 pagi.

"Kebakaran melibatkan 30 rumah jenis tidak kekal dan operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan dengan menggunakan sumber air terbuka iaitu dari laut dan parit.

Iklan
Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu.

"Hasil pemeriksaan terdapat seorang mangsa kanak-kanak perempuan ditemui rentung dalam kebakaran itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kata Sumsoa, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

"Operasi terkawal pada jam 10.55 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.15 petang," katanya.

Sebelum itu, seramai tujuh anggota dari BBP Lahad Datu ke lokasi yang terletak sejauh lapan kilometer dengan dibantu seramai enam anggota dari BBP Kunak dan enam anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Silam.