Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang

Iklan
Dua buah keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian di jalan Pejabat Loko, Kampung Dalam Rhu, Tumpat pada Selasa. Foto: JBPM

TUMPAT - Dua buah keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian di jalan Pejabat Loko, Kampung Dalam Rhu di sini pada Selasa.

Bagaimanapun, kejadian jam 3 petang itu tidak melibatkan kemalangan jiwa apabila kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.06 petang.

"Seramai 20 anggota termasuk pegawai telah dikejarkan ke lokasi untuk kerja-kerja memadam kebakaran dan menyelamat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, kebakaran tersebut berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 4.30 petang.

Beliau berkata, punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran itu masih lagi dalam siasatan.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Wan Baijuri berkata, sebuah lagi rumah telah terbakar di belakang Sekolah Kebangsaan Berangan pada jam 4.25 petang.

"Setiba di lokasi, kami dapati sebuah rumah banglo dua tingkat telah terbakar.

"Kebakaran tersebut melibatkan 50 peratus rumah banglo dan kerja-kerja memadam kebakaran masih lagi berjalan ketika ini," katanya.