Slim Selangor untuk penjawat awam mula April ini

Iklan
Amirudin ketika menyampaikan ucapan dalam program Fit Malaysia pagi tadi.

SHAH ALAM - Selangor akan melancarkan Slim Selangor sebagai kesinambungan program Fit Malaysia di negeri ini.

Slim Selangor yang melibatkan kakitangan awam bakal dijalankan April ini.

Iklan
Iklan

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Slim Selangor dilaksanakan bagi memupuk budaya sihat di kalangan rakyat di negeri ini.

"Saya sebutkan dalam ucapan tadi kerajaan negeri menyambung dengan program Slim Selangor selepas ini setiap minggu bermula April. Ia akan diumumkan oleh Exco Kesihatan Keluarga dan Wanita, Dr Siti Mariah Mahmud dalam masa terdekat.

Iklan

"Kerajaan akan memberi sokongan dan dorongan terhadap dua cita-cita iaitu yang pertama sebagai sebuah negeri rakyatnya aktif bersukan dan yang kedua mengekalkan gaya hidup sihat dalam komuniti dan masyarakat," katanya dalam sidang media selepas program Fit Malaysia yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pagi tadi.

Katanya, program Slim Selangor ini mempunyai dua kategori iaitu intensif kos dan program wajib.

Iklan

"Intensif kos ini setiap peserta perlu membayar setahun sekali sahaja dengan jumlah tertentu untuk mereka menyahut cabaran untuk slim.

"Dan yang kedua ada program wajib di mana kita nak menggalakkan budaya," katanya.

Amirudin melihat acara yang turut diadakan dalam program Fit Malaysia.

Menurutnya, program Slim itu akan dilaksanakan di Bangunan SUK terlebih dahulu.

"Setiap agensi lain turut digalakkan menyertainya dan berharap akan diikuti pihak swasta,” katanya.

Katanya lagi, beliau juga mahu memperkukuhkan sukan berprestasi tinggi di seluruh negeri.

"Ketika ini terdapat lebih 90 pusat latihan di setiap daerah bagi melatih golongan muda pelbagai jenis sukan untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

"Sejak menjadi EXCO dahulu, saya mengembangkan bukan hanya pusat latihan negeri malahan daerah. Kita mempunyai lebih 800 atlet jadi kita mahu program begini diperkukuhkan lagi,” katanya.