'Tarzan Karachi' tinggal atas pokok selama lapan tahun

Iklan
Farman tinggal atas pokok atas sebab kemiskinan dan tiada pendapatan tetap.- Foto Agensi

TERJEMAHAN SINAR HARIAN

KARACHI - Seorang lelaki dari Pakistan diberi jolokan 'Tarzan Karachi' selepas tinggal di dalam sebuah rumah di atas pokok lebih lapan tahun.

Laman berita Oddity Central melaporkan, Farman Ali menjadi tular di media sosial beberapa minggu lalu selepas rakaman rumahnya yang luar biasa tersebar di seluruh dunia.

Iklan
Iklan

Orang ramai yang kagum dengan lelaki itu yang tinggal di dalam rumah atas pokok tempoh lama sebenarnya tidak tahu bahawa Farman tiada pilihan yang lain.

Kisah sedih Farman bermula selepas ibu bapanya meninggal dunia dan dia terpaksa hidup merempat di jalan serta sering diganggu mencetuskan idea untuk membina rumah atas pokok.

Iklan

Dia yang mencari nafkah dengan kerja mencuci kereta dan membersihkan luar rumah demi sesuap nasi, bagaimanapun lebih selesa tinggal di rumah diperbuat daripada buluh, kayu dan pintu lama untuk melindungi dari panas serta hujan.

Rumah pokok miliknya turut dilengkapi sinki kecil, ketuhar untuk memasak dan lampu kecil berkuasa bateri dan pengecas telefon.

Iklan

Farman yang pernah ditinggalkan isteri kerana tidak mampu memperoleh gaji secukupnya memberitahu agensi berita antarabangsa bahawa keputusan tinggal di atas pokok adalah pilihan terakhirnya. - Agensi