Ismail Sabri calon PM kembali keyakinan rakyat pada UMNO

Iklan
Ahmad Jazlan (kanan) menyampaikan sumbangan semasa Majlis iftar Ramadan Felcra Berhad di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, Machang pada Selasa.
MACHANG - [DIKEMAS KINI] Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang sebulat suara memilih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengembalikan semula keyakinan terhadap parti itu.

Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, situasi itu dapat dilihat apabila rakyat sudah mula mengekori rapat perkembangan parti tersebut ketika ini.

"Ini dapat dilihat apabila rakyat mula bertanya siapa calon Perdana Menteri daripada UMNO tentu ada makna. Bila rakyat tanya ia memberi isyarat bahawa mereka mahu kepada UMNO.

Iklan
Iklan

"Kalau kita tidak minat pada seseorang bolehkah kita bertanya khabar. Bila tanya khabar, bermakna kita ada minat," katanya selepas mengulas keputusan MKT UMNO yang mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri pada PRU15.

Sebelum itu beliau yang merupakan Pengerusi Felcra Berhad menyampaikan sumbangan zakat kepada golongan asnaf di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, di sini pada Selasa.

Iklan

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felcra Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria.

Ahmad Jazlan yang merupakan Ahli Parlimen Machang berkata, selepas tahun 2018 lalu, beliau melihat inilah Perdana Menteri yang terbaik dari UMNO.

Iklan

"Beliau (Ismail Sabri) merupakan seorang pemimpin yang sering merasai denyut nadi rakyat," katanya.

UMNO sebelum ini sebulat suara memutuskan untuk mencalonkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri pada PRU15.

Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Rabu.