KPWKM sambut baik cadangan TMJ

Iklan
Tunku Ismail (tengah) bergambar bersama delegasi kerajaan dan UNICEFF di Royal Johor Club di sini, pada Selasa

SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyambut baik dan mengambil serius cadangan yang disuarakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung kes penderaan mangsa sindrom down dikenali sebagai Bella.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pihaknya telah memaklumkan perkembangan mengenai kes Bella kepada Tunku Ismail dan isterinya, Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam dalam sebuah pertemuan bersama KPWKM dan Wakil Pertubuhan Antarabangsa UNICEF ke Malaysia, Amanda Bissex di Royal Johor Club pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Merafak sembah dan menjunjung kasih Tunku Ismail dan Che Puan Besar Khaleeda kerana sudi menjemput patik bersama rombongan KPWKM menghadap dan mempersembahkan kepada baginda berdua mengenai status terkini kes penderaan anak istimewa bernama Bella dan tindakan-tindakan intervensi yang telah disusuli oleh kementerian demi keadilan dan kebajikan anak istimewa ini.

"Saya berasa berbesar hati atas keprihatinan baginda cakna terhadap kes ini yang turut sama bersolidariti bersama rakyat Malaysia yang prihatin.

Iklan

"Kementerian menyambut baik dan mengambil serius cadangan-cadangan yang disuarakan baginda. Insya-ALLAH,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Selasa.

Beliau berkata, rombongan perjumpaan tersebut turut diiringi oleh Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr Maziah Che Yusoff; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Fatimah Zuraidah Salleh dan Penasihat Undang-undang KPWKM.

Iklan

Sebelum ini, kes penderaan melibatkan remaja kurang upaya (OKU) dikenali sebagai Bella itu mulai mendapat perhatian awam sejak awal bulan lalu.

Lantaran itu, Tunku Ismail yang peka dengan keadaan menimpa mangsa berkenaan turut menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief) di mahkamah.