NEW DELHI - Barisan kabinet baharu Pakistan pimpinan Perdana Menteri, Shehbaz Sharif mengangkat sumpah jawatan di Istana Presiden di Islamabad pada Selasa.
Mereka terdiri 37 ahli Parlimen yang mewakili parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) pimpinan Shehbaz dan sekutunya, Pergerakan Demokratik Pakistan (PDM).