KABUL - Enam maut manakala 11 lagi cedera dalam insiden letupan berkembar di kawasan Dasht-e-Barchi, di Kabul, Afghanistan pada Selasa, kata jurucakap polis Kabul Khalid Zadran.
"Kejadian berlaku berdekatan sekolah Abdul Rahim Shahid pada 10 pagi waktu tempatan hari ini, enam terbunuh dan 11 yang lain cedera," ciap Zadran di akaun Twitternya, lapor Xinhua.