Agong berkenan kurnia sumbangan kepada asnaf di Kuantan

Iklan
Foto Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada lima keluarga asnaf di Kuantan, Pahang hari ini.

Istana Negara dalam satu hantaran di laman Facebook memaklumkan Seri Paduka berkenan berangkat ke program Ziarah Kasih Sempena Ramadan di Kampung Baru Beserah, Kampung Bahagia Beserah dan Kampung Batu Hitam Beserah.

Iklan
Iklan

"Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka terutama semasa bulan Ramadan dan membantu persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba,” menurut Istana Negara.

Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Iklan
Iklan

Menurut Istana Negara, keberangkatan Seri Paduka mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Al-Sultan Abdullah dan Pemangku Raja Pahang terhadap golongan yang memerlukan bantuan di negeri itu. - Bernama