KAJANG - Promosi hebat dan menarik menanti pelanggan yang berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.
Pengurus Pusat Pakaian Hari-Hari cawangan Bandar Seri Putra, Iflahatul Ummah Satuhan berkata, pelanggan berpeluang mendapat diskaun 10 peratus untuk pemegang kad Watsons selain pulangan tunai sekiranya membeli-belah di rangkaian pusat pakaian tersebut.
Menurutnya, promosi itu antara tarikan yang ditawarkan tahun ini sekali gus memastikan pelanggan dapat membeli keperluan hari raya dengan harga berpatutan.
"Untuk tahun ini kami bekerjasama dengan Watsons dan pelanggan yang mempunyai kad Watsons bakal mendapat diskaun 10 peratus apabila berbelanja sekurang-kurangnya RM1 di mana-mana cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari.
"Selain itu, kita juga ada pulangan tunai sekiranya pelanggan menggunakan Maybank QRPay. Malah, jika pelanggan buat pembelian RM100 ke atas, mereka akan diberi paket sampul raya manakala pembelian RM200 ke atas menerima beg woven percuma.
"Pusat Pakaian Hari-Hari memang sudah terkenal dengan harga pakaian yang berpatutan dan ditambah pula pulangan tunai serta diskaun, maka ia sangat berbaloi kepada pelanggan.
"Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pulangan tunai dan diskaun di semua cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pusat Pakaian Hari-Hari cawangan Bandar Seri Putra pada Selasa.
Menurutnya, diskaun 10 peratus Watsons itu akan berlangsung sehingga 30 Jun ini manakala untuk pulangan tunai Maybank QRPay pula akan berakhir pada 31 Mei.
Selain itu katanya, seperti mana tahun-tahun sebelumnya, Pusat Pakaian Hari-Hari masih mengekalkan tema sedondon yang sinonim dengan rakyat di negara ini terutama pada musim perayaan.
Lebih menarik lagi, Pusat Pakaian Hari-Hari turut menawarkan kurta daripada saiz bayi sehingga saiz dewasa yang pastinya akan menjadi pilihan setiap keluarga.
"Kita masih mengekalkan tema sedondon. Walaupun rekaan tidak sama, tetapi kami akan pastikan setiap keluarga yang datang akan mendapat warna yang sedondon.
"Pilihan warna kali ini juga lebih menarik. Sebelum ini kami lebihkan kepada warna gelap, tetapi tahun ini penggunaan warna pastel dan lembut menjadi tema bagi mengikut trend semasa.
"Ia memberikan lebih banyak pilihan dan sudah tentu akan memberikan satu kepuasan kepada pelanggan yang berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari," katanya.
Serbu sebelum Ramadan
Menurut Iflahatul Ummah, kehadiran pelanggan ke Pusat Pakaian Hari-Hari mengalami peningkatan mendadak berbanding ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang dua tahun lalu.
"Kita sedia maklum sepanjang dua tahun PKP, aktiviti dihadkan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Apabila diumumkan 1 April SOP sudah dilonggarkan, suasana menjadi sangat berbeza dan orang ramai mula teruja.
"Pelanggan mula datang membelisebelum Ramadan lagi dan kenaikan jumlah pelanggan boleh dikatakan hampir 80 peratus.
"Namun, kita menjangkakan lebih ramai yang akan datang membeli pada saat akhir dan kami sudah berasedia untuk menerima pelanggan. Insya-ALLAH stok Pusat Pakaian Hari-Hari untuk baju raya kali ini mencukupi," katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya tetap menjaga SOP semasa membeli-belah bagi memastikan Covid-19 dapat dibendung.
"Meskipun kita dalam fasa peralihan endamik, namun kesihatan dan SOP tetap perlu dijaga. Pelanggan perlu sentiasa pakai pelitup muka dan sanitasi tangan apabila masuk ke premis kami.
"Dalam keterujaan untuk sambut hari raya serta membeli-belah di cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari, kita perlu ingat bahawa virus Covid-19 ini masih ada dan kita perlu sentiasa berwaspada," katanya.
INFO
- Pelanggan berpeluang mendapatkan paket raya dan beg woven untuk pembelian RM100 dan RM200 dalam satu resit.
- Pusat Pakaian Hari-Hari sudah mempunyai 90 cawangan di seluruh Malaysia.
- Tiga cawangan terbaharu dibuka di Pasir Puteh, Masjid Tanah dan Bandar Seri Putra.
- Pusat Pakaian Hari-Hari akan membuka empat lagi cawangan tahun ini di Bangi, Bukit Mertajam, Sepang dan Padang Serai.
- Pelanggan boleh melayari www.hari.com.my/locator untuk mengetahui lokasi cawangan.
- Untuk membeli secara dalam talian, pelanggan boleh melayari www.ehari.com.
- Pelanggan juga boleh mendapatkan promosi dan perkembangan terkini di Facebook @harihari atau Instagram @harihariofficial.