LIVERPOOL kembali memimpin saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam selepas menewaskan Manchester United 4-0 di Stadium Anfield.
Luis Díaz terlebih dulu meletakkan The Reds di depan apabila mengejutkan The Red Devils menerusi jaringan seawal minit kelima.
Anak buah Jurgen Klopp meneruskan penguasaan apabila giliran Mohamed Salah menjaringkan pada minit ke-22 untuk memimpin perlawanan pada babak pertama.
Bersambung babak kedua, Manchester United kendalian Ralf Rangnick terus ketinggalan apabila Sadio Mané melebarkan kedudukan tuan rumah dengan gol minit ke- 68.
The Reds terus menghukum kealpaan pelawat apabila Salah menambah koleksi gol kedua peribadi perlawanan pada minit ke-85'.
Keputusan itu menyaksikan Liverpool mengumpul 76 mata selepas mengharungi 32 perlawanan dengan pencabar kejuaraan Manchester City pula kedua 74 mata kurang satu perlawanan.
Anak buah Guardiola akan menerima kunjungan Brighton di Stadium Etihad.