Dua beradik sempat selamatkan diri

Iklan
Keadaan rumah pusaka dihuni mangsa di Kampung Pahang Tua di sini yang musnah dalam kebakaran pada Rabu.

PEKAN - Dua beradik termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) terselamat dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah pusaka di Kampung Pahang Tua di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, mangsa, Al Fadilah Abdul, 44, sempat menyelamatkan diri bersama adiknya, Nursyafikah Abdul, 23, (OKU).

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mangsa mengalami kecederaan dengan kesan melecur dan dihantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan.

"Rumah pusaka turun temurun keluarga itu dihuni enam penghuni namun ketika kejadian dua beradik berkenaan sahaja ada di rumah manakala yang lain keluar bekerja.

Iklan

"Kira-kira 70 peratus musnah dengan anggaran kerugian hampir RM100,000 namun punca kejadian masih dalam siasatan pihak bomba.," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurutnya, rumah tersebut tidak selamat diduduki atas nasihat pihak bomba dan difahamkan semua mangsa akan menumpang di rumah adik mereka di Kuantan.

Iklan

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu dan Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 9.30 pagi.

Menurutnya, seramai 13 anggota dan dua pegawai bersama tiga jentera ke lokasi untuk operasi pemadaman dan penyelamatan.

"Kebakaran melibatkan rumah jenis separuh kekal di mana dua penghuninya berjaya menyelamatkan diri namun mengalami cedera kesan melecur.

"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya jam 10.40 pagi manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS," katanya.