Suspek samun kedai serbaneka direman lima hari

Iklan
Suspek lelaki yang melakukan samun di sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa, Klang berjaya diberkas pada Selasa. (Gambar kecil: Hoong Fong)

KLANG - Seorang lelaki direman lima hari bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, perintah reman terhadap suspek dibuat di Mahkamah Klang pada Khamis.

Iklan
Iklan

Katanya, suspek yang berumur 45 tahun itu diberkas pada Selasa kira-kira jam 12.30 tengah hari di Bandar Puteri, Klang.

"Suspek kemudiannya dibawa ke Mahkamah Klang dan dikenakan reman selama lima hari bagi siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Pada Ahad, seorang penjaga kaunter kedai serbaneka di Taman Sentosa, di sini berdepan detik cemas selepas diugut suspek dalam kejadian pada jam 12.08 tengah hari.

Remaja perempuan berusia 19 tahun itu didatangi suspek dalam keadaan mabuk dan telah meminta wang dengan alasan dirinya dirompak sebelum mengeluarkan senjata gergaji kecil dan mengacukan kepada mangsa.

Iklan