AS gesa pemimpin Israel, Palestin hentikan 'kitaran keganasan'

Iklan
Antony Blinken

WASHINGTON - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken pada Selasa menyeru Israel dan Palestin untuk 'menamatkan kitaran keganasan' di rantau itu.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perbincangan menerusi telefon secara berasingan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Yair Lapid, lapor Agensi Anadolu memetik Jurucakap Jabatan Negara Ned Price.

Iklan
Iklan

"Blinken menekankan mengenai pentingnya Palestin dan Israel berusaha menamatkan kitaran keganasan dan mengelak daripada mengambil apa jua tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan,” kata Price dalam satu kenyataan.

Setiausaha negara itu juga mengulangi komitmen AS untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Palestin dan menyokong ke arah penyelesaian dua negara.

Iklan
Iklan

Selain itu, Blinken dan Lapid turut membincangkan usaha menghadapi cabaran global termasuk yang ditimbulkan Iran dan proksinya. - Bernama