Kasih ibu tak pudar walau jaga anak OKU terlantar selama 60 tahun

Iklan
Zahidi (kanan) dan isterinya, Nooraine (kiri) ketika berkunjung ke rumah Munah (dua dari kiri) dan anaknya, Murni untuk menyampaikan zakat dan bantuan di Kampung Medang Gatal, Beseri, Padang Besar pada Selasa. Turut hadir, Ruzaini (dua dari kanan).

PADANG BESAR - Kasih seorang ibu tunggal berusia 80 tahun terhadap anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) tidak pernah pudar walaupun telah menjaga cahaya matanya itu selama 60 tahun di Kampung Medang Gatal, Beseri di sini.

Munah Hassan berkata, Murni Mat adalah amanah terbesar serta menjadi cahaya hati serta pengubat kedukaan dalam hidupnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sejak lahir, Murni yang hanya terlantar akan merengek untuk menarik perhatian apabila lapar atau memerlukan susu.

"Setiap hari, saya akan memberikan makan, memandi atau mengelap badannya selain bercakap apa jua perkara ke telinga Murni.

Iklan

"Saya berdoa terutama dalam setiap Ramadan agar apa yang saya bisikkan itu Murni akan faham walaupun tiada banyak reaksi diberikan kepada saya.

"Malah, setiap sambutan Aidilfitri walaupun orang lain bergembira, bagi saya, hidup bersama Murni adalah kegembiraan paling bermakna,” katanya semasa menerima kunjungan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin serta isteri, Datin Nooraine Ahmad di rumahnya pada Selasa.

Iklan

Munah berkata, Ahli Parlimen Padang Besar itu sering menziarahinya menyampaikan bantuan selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADIN) Beseri, Ruzaini Rais.

Jelasnya, tiada yang lebih penting dalam hidup selain menjaga Murni yang sejak lahir cacat seluruh anggota badan selain terdapat ketumbuhan pada muka serta badan.

"Memang sejak lahir tiada apa yang dapat dilakukan untuk mengubati Murni, namun saya sentiasa berdoa agar dapat terus menjaga anaknya selagi hayat dikandung badan," ujarnya.

Sementara itu, Nooraine berkata, kehadiran beliau bersama suami adalah untuk menghulurkan bantuan juga menyerahkan zakat.

"Kehadiran kami berdua sentiasa dialu-alukan oleh Munah dan anaknya, Murni. Malah kami selesa apabila berkunjung ke rumah mereka,” katanya.