Bot meletup: Seorang nelayan Indonesia maut

Iklan
Bot nelayan Indonesia yang hampir karam berjaya diselamatkan KM Satria.

GEORGETOWN – Seorang nelayan Indonesia maut selepas bot yang dinaiki bersama dua rakannya meletup dalam kejadian di 7 batu nautika dari Barat Muka Head di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.25 pagi itu, bot yang dinaiki mereka hampir karam namun berjaya diselamatkan oleh Kapal Maritim (KM) Satria milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, KM Satria yang dalam perjalanan ke Pulau Langkawi untuk menyertai LIMA' 19, mengesan sebuah bot berwarna biru yang hampir karam.

Menurutnya, kapal berkenaan kemudiannya menghampiri bot tersebut dan mendapati tiga orang kru berada di atas bot berkenaan.

Iklan

"Ketiga-tiga nelayan berkenaan berasal dari Acheh, Indonesia namun salah seorang daripadanya meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah akibat letupan yang berlaku di bahagian ruang enjin bot berkenaan.

"Akibat letupan itu menyebabkan bot mereka bocor dan hampir karam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Iklan
Salah seorang nelayan maut selepas mengalami kecederaan parah akibat letupan di bahagian enjin.

Hamizan berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Firman Amirudin berusia 23 tahun dan dua nelayan yang terselamat ialah Ibrahim Ismail, 59 dan Sopian Mohamad, 42.

Katanya, kesemua mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan.