PUTRAJAYA - Tiga masjid utama iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini akan melaksanakan bacaan doa Qunut Nazilah semasa solat sunat witir setiap malam bermula malam ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, ia merupakan inisiatif jabatan itu khusus untuk keselamatan dan keamanan di bumi Palestin.