Bermula dengan meraikan kawan-kawan menjamu selera dengan resepi istimewa yang dibawa pulang dari bumi suci Madinah, kini Kambing Panggang Dapur Tanah AlQedahi menjadi satu perniagaan.
Keenakan resepi yang disampaikan"dari satu mulut ke mulut” itu, membuatkan Anuar dan rakannya tidak menang tangan menyiapkan tempahan yang diterima terutamanya pada bulan Ramadan.
Istimewanya daging kambing ini, kerana ia dipanggang lebih dua jam di dalam dapur tanah dengan kedalaman 5 kaki, lebar 3 kaki setengah, dan panjang 6 kaki setengah yang dibina menggunakan bata merah dan tanah.
"Kambing yang diperap dengan 37 bahan dan rempah ratus itu akan 'dikurung' atau dikedapkan dalam kepanasan api yang mencecah sehingga 300 darjah Celsius, sehingga dinding-dinding dapur itu berubah warna dari pada warna merah ke warna hitam dan warna hitam berubah ke warna putih,"
Bagi mendapatkan hasil maksima iaitu daging kambing berwarna 'keemasan', bancuhan tanah disapu untuk menutup lubang-lubang dapur supaya semua haba terkepung di dalam dapur.
"Teknologi binaan dapur ini kita ambil dari sahabat-sahabat di Madinah yang berbangsa Uzbekistan kelahiran Madinah," kata Mutawif Bebas Anuaruddin Usoff As-Shafie ketika ditemui Bernama.
Kambing panggang ini disajikan dengan Nasi Bukhara yang diadunkan dengan 35 jenis bahan dan rempah ratus dari Yaman yang diolah mengikut selera nusantara.
Nasi seterusnya akan dikukus selama 1 jam, kemudian dimasukkan ke dalam perut kambing, diikat dan dipanggang bersama kambing di dalam dapur tanah. - Foto Bernama