Jenazah Raja Halimahton selamat dimakam

Iklan
Almarhumah Raja Halimahton.

KUALA KANGSAR - Jenazah kekanda Permaisuri Johor, Almarhumah Raja Halimahton Shahrin Almarhum Sultan Idris yang mangkat, semalam selamat dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar kira-kira jam 2.20 petang tadi.

Jenazah Almarhumah sebelum itu dibawa ke Masjid Ubudiah dan disembahyangkan oleh jemaah selepas solat Zohor.

Iklan
Iklan

Ia disusuli dengan bacaan talkin dan tahlil dipimpin oleh Imam Masjid Ubudiah, Syed Muhammad Hazwan Syed Azmai.

Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris berangkat mengiringi jenazah bersama Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Iklan

Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris Iskandar.

Almarhumah Raja Halimahton bersama Raja Zarith Sofia.

Iklan

Almarhumah yang berusia 62 tahun mangkat pada kira-kira jam 5.15 petang di Klinik Kesihatan Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.

Almarhumah dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas menyertai aktiviti menyelam di Pulau Perhentian, Besut.

Dua tahun lalu, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris pernah berkongsi secara ringkas kenangan baginda bersama Almarhumah membesar di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Turut dikongsi adalah gambar ketika kecil baginda bersama Almarhumah serta kekanda yang lain iaitu Raja Iskandar Dzulkarnain dan Raja Nazhatul Shima.